Thursday, October 21, 2010

Sesuci Kasih Bab 1

BAB 1

“ Kak Long, abah panggil!!!” jerit Samad dari bawah pokok. Aku yang tengah syok mengelamun nasib baik tak tergolek kebawah.

“Celaka punya budak. Nape kau jerit-jerit, nasib baik aku tak jatuh.” Marah ku sambil membaling buah jambu batu yang baru ku gigit.

“Woiii, sakitlah.” Jerit Samad berlari sambil membebel. Mesti budak ni bengang bila tengah sedap main lastik getah kena pula bertugas memanggil ku.

“Nantilah kalau aku dapat budak ni mesti telinga dia jadi campang ku buat.” Bebel ku sendiri. Baru kaki ku hendak mengijak tanah sekali lagi jantung aku nak tercabut. Berdiri di hadapan ku seorang lelaki yang cukup ku kenali sedang tersenyum memandang ku.

“Kama buat apa kat atas tu?” cepat saja bibirnya berkata sambil tangannya mengutip ranting-ranting kayu yang sengaja aku patah tadi. Ku pandang keliling merata daun-daun pokok berterabur di buat aku. Biasalah kalau tak bersepah di laman ni bukan perangai aku lah tu. Abang Khairul dah terbiasa dengan gelagat aku sejak dulu.

“Kama minta maaf bang, biar Kama sapu yeh.” Terus tangan ku mencapai penyapu lidi yang ada di pangkal pokok dan laju aku menghayunnya. Tetapi cepat di sambar tangan sasa abang Khairul.

“Takpelah, nanti abang sapu sendiri. Lain kali kalau nak makan jambu suruh aje abang panjat. Kama kan anak dara tak elok di lihat orang kampung. Nama pun Kamalia bukan Kamal.” Aku tersenggih dengan nasihatnya.

Tercegat aku memerhati gelagatnya yang tekun menyapu segala daun yang bertaburan tadi. Memang ku akui yang diri ini sedikit lasak. Sejak sekolah lagi aku dah begini. Habis segala pokok di laman rumah abang Khairul di godam oleh ku. Kalau tak, tak kan aku di pilih sebagai kapten Kadet Polis di sekolah. Habis saja mengadap SPM tiada aktiviti yang hendak ku lakukan. Di kampung ni hanya pokok getah menemani anak remaja seperti ku. Pusing kanan pokok getah, pusing kiri pokok getah. Bosannya. Bilalah aku dapat keluar dari kepompong dunia pokok getah ini. Abang Khairul pula baru habis belajar di Universiti Pertanian Malaysia dan terus pulang menetap di sini. Pernah juga aku bertanya lelaki ni tak bosan ke duduk di sini. Senang saja jawapannya. Di sini darah maknya tumpah melahirkannya dan di sini juga keringat ayahnya menitik membesarkan dia. Kadang kala kasihan dengan kisah insan yang bernama Khairul Idhan ni. Sejak dari tingkatan satu dia dah jadi yatim piatu. Makcik Semah dan Pakcik Kudin sepupu kepada mak dah menjadi arwah masa terlibat dalam kemalangan hariraya dulu. Sejak itu mak dan abah ambil alih membela abang Khairul. Tapi sikap lelaki ni yang sentiasa tenang sukar untuk ku mendalami kepiluan dan kegembiraannya. Cuma ketabahan dia tak terjangkau oleh ku. Kalau aku di tempatnya entah di mana agaknya ku sekarang.

“Tadi abang dengar abah panggil Kama kan?” terkejut aku bila di sergah tiba-tiba. Sempat mata ku meratah baju yang di pakai oleh abang Khairul. Basah dengan peluh.

Mungkin baru balik dari memotong agaknya. Satu lagi yang aku kagum dengan lelaki ini, dia tak pernah membuang masa. Ada saja yang di lakukan. Bayangkan tanah yang berekar-ekar ini abang Khairul mengerjakannya. Kalau nak di jual pun boleh kerana lelaki ini adalah satu-satu waris yang arwah Pak Kudin tinggalkan. Tiada siapa yang hendak menidakkan kuasa vitonya. Cuma kadang kala kelibat adik-beradik arwah pakcik Kudin kelihatan. Itu pun setahun sekali pun susah nak tengok. Musim buah maka berbuahlah kunjungan mereka. Tetapi abang Khairul tidak pernah merunggut. Tetap tersenyum menyambut kedatangan mereka. Rumah perninggalan arwah mak ayahnya tetap terpelihara.

“Kama, dah sampai maner tu?” lembut panggil itu di telinga ku. Rasa warna kuning langsat muka ku dah bertukar menjadi merah manggis kot. Mengelamun je.

“Abang Khai cakappp..apaaa?” dalam gagap ku bersuara. Mata ku bertembung dengan renungannya. Lembut matanya memandang ku sambil keningnya bertaut. Ku akui kekacakan abang Khairul terserlah bila lelaki ini tersenyum. Apatah lagi dengan rambutnya yang basah dengan peluh. Tetap terjaga kemachoanya.

“Abang tanya, Kama dah sampai mana? Boleh abang ikut sekali?” dalam bertanya aku di kenakannya. Bengkak habis hati aku di usik begitu.

“Kama tak sampai mana-mana pun, masih berdiri depan abang.” Aku cuba menutup rasa malu.

“Dahlah, pergi balik. Abah dah tunggu lama tu.” Mungkin dah penat abang Khairul melayan ku maka di arahkan aku beredar. Selamat aku sekejap. Baru lima langkah aku berpaling balik memandang lelaki itu yang baru melabuhkan tubuhnya di pangkin bawah pokok rambutan.

“Abang dah nak makan ke?” nasib baik aku tak terlupa tugasan ku macam biasa.

“Kejap lagilah, abang nak solat dulu.” Tangannya mengibas-gibas tuala yang dililit pada lehernya tadi untuk mengurangkan bahang mentari yang terpacak naik.

“Kama dah solat?” sempat lelaki itu bertanya. Pertanyaan itu dah lali di telinga ku.

“Belum.” Antara dengar dengan tidak aku bersuara.

“Kenapa? Leka duduk atas pokok tadi kan. Kalau jatuh dan ALLAH tarik nyawa masa tu macam mana?” sempat lelaki itu bersyarah. Bab ni mesti telinga aku kena belasah sunguh-sungguh. Kecut perut jugalah tengok muka abang Khairul masa sewaktu denganya.

“Maaf bang, lain kali Kama tak buat lagi.” Janji ku. Entah berapa kali aku berjanji susah nak ingat.

“Kama…Kama…itu saja yang selalu abang dengar. Dahlah pergi balik nanti abah bising pula.” Wajah lelaki itu ku pandang lama. Itulah kelemahannya bila menatap muka simpati yang di buat-buat oleh ku.

“Kama balik dulu bang, Kama nak hidang nasi abang.” Sengaja aku ambil hatinya.

“Kama masak apa?” masih ada pertanyaan berbaki dari lelaki itu.

“Entahhh..bukan Kama masak. Emak yang masak.” Segera aku meninggalkan lelaki itu sebelum lebih panjang mukadimahnya untuk ku.

No comments:

Post a Comment